Followers

Monday 6 March 2017

Bahayakah HB rendah semasa hamil???

Assalamu'alaikum

Saya rasa masalah ni memang kerap berlaku kepada ibu-ibu hamil termasuklah saya. Kurang darah (Anemia) Ketika Hamil, Bahayakah?? Setiap kali mengandung mesti akan mengalami masalah kurang darah (anemia).
Bila cek up mula la risau sbb nanti nurse akan cek darah. Hrrmmm pastu kena la ceramah dgn nurse sebab kurang darah.. Nak mkn hati mmg x lalu, x boleh nk telan, bau pun dah nk termuntah.. if makanan lain ok boleh mkn tp tulah  x naik2 pun.. Jadi disini ada penyelesaian untuk ibu hamil yang kurang darah.  yeeyyy!!!
Tanda-tanda anda mengalami anemia:
  • Sentiasa rasa letih lesu
  • Kelihatan pucat
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Kurang darah (Anemia) Ketika Hamil, Bahayakah??
Risiko kurang darah kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Punca Hb rendah (kurang darah):
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Risiko kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Risiko pada bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai bayi prem atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

No comments:

Post a Comment